Isnin, 14 Julai 2014

TANDA – TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHDI AS

Sebagaimana Allah SWT hendak membangkitkan Agama di Akhir Zaman atau Kecemerlangan Islam Pusingan ke 2 maka Allah telah membangkit 3 Pemimpin Besar Islam iaitu : 
1. Fata At Tamimi
2. Imam Muhammad Al Mahdi as bin Abdullah 
3. Imam Isa as

Untuk menzahirkan Pimpinan Al Mahdi as ini ada tanda – tanda yang telah Allah khabarkan untuk Panduan  dan Pedoman bagi mereka yang ingin, harap, sertai dan berada dalam Saf Pimpinan Al Mahdi (Panji Hitam)
Dalam hal ini samada dikalangan umat Islam sendiri yang mengambil tahu, buat buat tahu atau tak tahu. Kemunculan Al Mahdi as, TETAP akan berlaku. Mahu atau tidak mahu perkara ini akan tetap berlaku.
Bagi Orang Kafir, ada yang menunggu kedatangan Al Mahdi as tetapi mereka hanya sekadar mengharap dan menunggu khabar . Ada sebahagian Orang Kafir kedatangan Al Mahdi as ini menjadi ketakutan pada mereka. Seperti pimpinan Israel, Amerika dan negara negara sekutunya yang kafir yang terlibat di dalam Illumination. Atau yang menjadi pengikut Dajjal al Masikh.

Tanda-tanda Kemunculan Al Mahdi 
1.    Tanda Tempatan
           1)    Wujudnya Toifah
           2)    Ada Usaha dan Ada orang yang boleh ikut Sirah Rasul SAW
           3)    Usaha membangun/menghidupkan Tempat-tempat Usul Agama
           4)    Terbuka Jalan Salik
2.    Tanda Dunia
           1)    Panggilan Jihad tersebar
           2)    Tempat Jihad
           3)    Rangkaian Jihad
           4)    Penempatan Orang Jihad
3.    Tanda Langit
           1)    Lahir Orang Makrifat
           2)    Terbuka Pintu Langit
           3)    Muncul dan zahir Rijalalul Ghaib
           4)    Terjalin Rangkaian Langit
Orang Yang Dapat Mengenal Imam Mahdi as adalah yang
1.    Mengamalkan Sunnah Nabi SAW
2.    Mengikut Sirah Nabi SAW dan Sahabat RA
3.    Amalkan Wasiat Rasul SAW
4.    Cintai Rasul SAW

Orang Yang Dapat Bertemu Imam Mahdi as adalah Orang Yang Mempelajari Perjalanan Salik
1)    Salik Tempat  – Salik atas syiar Iman
2)    Salik Benua   – Salik atas tumpuan syiar Iman
3)    Salik Dunia    – Salik kepada perhimpunan syiar Iman
4)    Salik Langit   – Salik kepada penempatan syiar Iman
Orang Yang Dapat Mendampingi Imam Mahdi as
1)    Orang Yang Kiamat   – kiamatkan diri dan dunia
2)    Orang Yang Khamat  – orang yang Makrifat, Nafat, Sifat dan Kaifiat
3)    Orang Yang Qamat    – menghimpunkan dan menyusun barisan
4)    Orang Yang Dharurat  - diakhir umat / orang yang mewar-warkan dan membawa umat untuk mengenal Imam Mahdi as
Add caption




Rabu, 9 Julai 2014

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Tip Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.



 Source :http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/458-mengatasi-tekanan-perasaan.html

Isnin, 7 Julai 2014

Lamborghini Aventador LP700-4

 Musée Lamborghini 0133.JPG
The Lamborghini Aventador is a two-door, two-seater sports car publicly introduced by Lamborghini at the Geneva Motor Show on 28 February 2011, five months after its initial unveiling in Sant'Agata Bolognese. Internally codenamed LB834, the Aventador was designed to replace the ten-year-old Murciélago as the new flagship model in the Lamborghini lineup starting in 2011. Soon after the Aventador unveiling, Lamborghini announced that it had already sold over 12 months of the production vehicles, with deliveries starting in the second half of 2011.

Specifications



Engine

The Aventador LP 700–4 uses Lamborghini's new 700 PS (510 kW; 690 bhp) 6.5 litre 60° V12 engine weighing 235 kg. Known internally as the L539,[3] the new engine is Lamborghini's fourth in-house engine and second V12. It is the first all-new V12 since the 3.5 litre powerplant found in the 350GT.[12]
Displacement 6,498 cc (396.5 cu in)
Max. power 700 PS (510 kW; 690 bhp) @ 8,250 rpm
Power to weight 432 PS (318 kW; 426 bhp) per tonne
Max. torque 690 N·m (510 lb·ft) @ 5,500 rpm
CO2 emissions 398 g/km
Combined fuel consumption 17.2 L/100 km (16.4 mpg-imp; 13.7 mpg-US) [13]

Performance

  • 0–97 km/h (0–60 mph): 2.9 s [14]
  • 400 m (14 mi): 10.6 s @ 220 km/h (137 mph)
  • Top speed: Official: 350 km/h (217 mph),[14][15] measured by Sport Auto magazine: 370 km/h (230 mph)[16]
  • 97–0 km/h (60–0 mph): 30 m (100 ft)[citation needed]
Its transmission, a single-clutch seven-speed semi-automatic, is built by Graziano Trasmissioni.[17][18] Despite being single-clutch, gear-shifts are accomplished in 50 milliseconds.
The new, electronically controlled, all-wheel drive system is developed and supplied by the Swedish company Haldex Traction, offering traction[19] and handling capabilities based on their 4th generation technology.[20]


Source :http://en.wikipedia.org/wiki/Lamborghini_Aventador

Isnin, 27 Januari 2014

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


MasyaAllah ='D